SEPTEMBER 2023

Premier, Isteri Hadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul


KUCHING,  Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri Sambutan Maulidur Rasul di Padang Merdeka, Kuching, pagi ini.

Sejumlah 248 kontinjen membabitkan lebih 10,000 peserta menghadiri sambutan Maulidur Rasul tahun ini.

Kontigen perarakan  terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan beruniform, masjid, surau, kejiranan mesra, institut pengajian tinggi (IPT), sekolah-sekolah menengah dan rendah  serta beberapa pertubuhan yang lain. 

Peserta dibahagi dua kumpulan berarak ke kawasan kampung sejauh 4 kilometer (km) dan meliputi bandar Kuching sekitar 3.7 km.

Hadir sama adalah Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Haji Awang Asfia bin Awang Nassar, Menteri Pelancongan , Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Sumber dari : Sarawakku